Indian Key Perang Seminole Kedua

Indian Key adalah sebuah pulau kecil di bahagian atas Florida Keys yang dibangunkan sebagai pangkalan kapal pecah. Pada tahun 1836 ia menjadi tapak county bagi County Miami-Dade yang baru dibuka dan pelabuhan masuk. Sungguhpun bimbang mengenai serangan dan kemunculan Indian di kawasan tersebut, penduduk Indian Key kekal di situ bagi mempertahankan harta mereka, dan agar berhampiran dengan sebarang kapal pecah di bahagian atas Florida Key. Pulau tersebut memiliki enam meriam dan kompeni pasukan bersenjata kecil sendiri bagi pertahanan mereka dan pihak tentera laut telah mendirikan pangkalan di Tea Table Key berhampiran.[60]

Pada awal pagi 7 Ogos1840, sejumlah besar Indian 'Sepanyol' menyelip masuk ke Indian Key. Secara tidak sengaja, salah seorang sedar dam memberi amaran selepas melihat Indian tersebut. Sekitar lima puluh orang tinggal di pulau tersebut, empat puluh berjaya melarikan diri. Yang mati termasuk Dr. Henry Perrine, bekas Konsul Amerika Syarikat di Campeche, Mexico, yang sedang menunggu di Indian Key sehingga ianya selamat bagi mengambil grant 36 bt2 (93 km2) di tanah besar yang diberikan Kongres kepadanya.[61]

Pengkalan Tentera laut di Tea Table Key telah dikeluarkan dari kaki-tangannya bagi operasi di persisiran barat daya tanah besar, meninggalkan hanya ahli perubatan, pesakitnya, dan lima kelasi di bawah midshipman untuk menjaga mereka. Kontigen kecil ini memasang beberapa meriam pada baj dan cuba menyerang puak Indian di Indian Key. Puak Indian menembak balas kearah kelasi tersebut menggunakan bebola senapang lantak yang di isi dalam salah satu meriam di pantai. Sentakkan pada meriam di atas baj mencampakkan mereka , sehingga ke dalam laut, dan kelasi itu terpaksa berundur. Pihak Indian kemudiannya membakar semua bangunan di Indian Key selepas menjarah sepenuhnya.[62]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...